Friday, March 25, 2011

hiccup - inai

inai bunga2.

plan asal tak mahu inai lukis bunga2 atas tgn tu, tp later i changed my mind for 1 reason, nak tutup parut melecur yg kena masa dinner date dgn wan dkt johnny's..parut hodoh itu perlu di-cover.

since saya tak book mana2 org pelukis inai, sedangkan dah hari khamis (2days before nikah day), we went to jln masjid india, kl..cool gile mereka lukis, cantik, secantik lukisan inai org2 pelukis inai "professional" yg mana mereka menjalankan business through blogs and facebook tu..alaaa yg caj mahal tu.. and guess what, lukis inai dkt jln masjid india ni teramat murah berbanding pelukis inai pro punye caj..95% cheaper than those "professional", trust me!

tp jgn sebut nak kawen tau..sebut nk saje2 je pakai inai tu..sbb kalau sbut nk kawen, caj dia melonjak naik 2-3 kali ganda, for the same service..gile cekik! walaupun maseh lg murah dpd those "pro" people..tp..hmm fikir la sendiri kan.

di jln masjid india punye inai tu dia guna chemical jugak..jadi lebih baik test dulu. takot allergic. bley thn 5 hari katanya..tp hari ni dah hari 6, my inai still ada..:) lepas dia lukis, lepak la situ dlm 20 minit..then dah kering, trus bley tanggal n chow..sekejap je..nama pun chemical..kalau inai daun tu kena kot semalaman..dats y "pro" dtg rumah utk lukiskan, kalau tak cne kau nk balik?

ke ats kulit saya inai tu tak tinggal apa2 side effect..gatal pun tidak, mybe kulit kering sikit je..

inai cap kt hujung jari.

hari khamis, malam jumaat, adalah hari saya nk pakai inai kt jari..inai yg letak kt ruas jari tu..then mak pun bersusah payah petik daun inai kt belakang rumah, dicampurnya gambir..n voila! siap..so lepas abes semua kerja hari khamis, dah siap2 nk tido, mak pun pakaikan inai..mmg sengaja nk pakai khamis, so, kalau tak pekat, esok bley pakai lagi,.

bila dah pakai, rupanya inai tu terlebih berair, jadi dia tak mau lekat kat jari..tp warna dia cantik,.,.jari2 mak yg memakaikan tu dah merah dah..tp tak mau lekat..jadi mak kata, takpelah, esok je la pakai..so mlm tu tido je la..

esoknya dah hari jumaat lah kan, jumaat malam sbtu tu, lepas dah ready semua, maka kami pun attempt lagi sekali..kali ni dia lekat di jari..tp lepas 15minit pakai, dia mengering dan terjatuh..bila jatuh, tgk kuku/kulit jari tu tak merah pun.oren pun samar2 je..n guess what..it was already 1 o'clock in the morning..kami attempt lagi..then akhirnya pukul 2.30 pagi, inai tu oren sikit je mcm kaler kunyit kalau kita main kunyit nk goreng2 ayam/ikan tu je..

*CUAK* dah nak nangis dah..(mungkin dah nangis) tp tahan je, kol 2 ptg nnti nk nikah dah..kalau nangis skrg, mata bengkak karang lagi teruk.

last2 cari balik inai tiub.. ada! n before that ira pakai dlm masa sejam kuku dia dah merah/oren cantik..tp slalu pakai kt kuku je, inai tiub tak pnah pkai kt kulit pulak, so takot tak lekat kaler dia..

tp apa nk buat kan? tinggal 12jam sebelum nikah, and inai pun belum pakai.! so test je la..ira dengan selamba dia pakaikan.kaki dan tangan..belum abis dia pakaikan, lebih kurang kol 3.30 pagi tu, i fell asleep..kesian dia..tinggal sorg2..pakaikan smpai siap..taktau pukul berapa la siapnya tu..

n of course, it turned out WELL.. i would give ira a big hug and kiss, but saya malu..hehehe thank u little sis..i owe u one..BIG time!

lesson of the day, walaupun inai tak bley prepare awl2, tp sebulan sebelum wedding, try-try la survey inai ye..kalau oke, stick to that one..kalau tak oke, tgk2 inai lain jadikan back up, inai tiub yg bli kt mydin tu sgt membantu..try la awl2..nnti sehari seblum kawen terus pakai je confirm oke..jgn tunggu las minit baru nak cuba n cari back up,,nnti nanges.! haha

No comments:

Post a Comment