telah pergi ke floristika, bangsar utk membeli bunga-bungaan untuk hantaran, deko pelamin & deko meja makan beradab bersama kak eiffa..
order dibuat dengan seorang staff bernama Rayner, sabahan yang cool la jgk..bila tengah order ni, dia asyik bagi remark macam ni "wow banyaknye kakak ni nak beli bunga!" tapi remark tu dibuat dalam hati dia la, jelas tergambar kat muka dia, tapi dia tak sebut. tapi dia ada tanya "byk beli bunga ni kak nak kahwin ke?"..yes la bro..bunga utk wedding.
bila order dah buat, dia pun start key-in kan order tadi dalam komputer dia..sambil tu dia tanya nak kasi deposit berapa? i said RM50 je..dia tak setuju, dia ckp at least RM100 la kak. (naseb kak eiffa bwk duit lebih, so oke la tapi kenapa nak deposit byk sgt pun.?) dia key in first sekali garberra daisy x 30.. tiba-tiba terkeluar figure "RM225"..terkejut abu pulak tengok harganya..pahal mamat ni? mahal nak mampus pulak, *pengsan*
berikut adalah conversation kami:
win: eh..nanti..nanti..kenapa mahal sgt ni? (ni baru garberra, belum roses + carnation..duhh!)
ray: kakak nak 30 kan? betul la ni.
win: (mengeluarkan calculator dan mula membuat kira2) tapi kenapa mhl sangat.? *cuak*
ray: satu bundle RM7.50. 30 bundle RM225 la..
win: eh tak..tak..!! saya bukan nak 30 bundle..saya nak 30 kuntum je! *panik*
ray: hahahaha ooohh...saya ingatkan 30 ni bundle..rupanya kuntum..!
win: *lega* u jgn la silap mcm tu..i pengsan.!
fakta:
1. 1 bundle = 10 kuntum = RM7.50
2. 30 bundle = 300 kuntum = RM225!
3. permintaan sebenar = 30 kuntum = 3 bundle sahaja = RM22.50
tak ke cuak aku dah??
semua went well, pick up date: 25 Mac 2011..one day before the solemnization ceremony!
hiasan hantaran = CHECKED!
hiasan bilik tidur pengantin = CHECKED!
hiasan meja makan beradab = CHECKED!
No comments:
Post a Comment