Wednesday, March 30, 2011

nikah - the aftermath

majlis nikah kami haritu mula selepas zohor..pukul 2.15ptg la jugak baru cukup korum..by 2.50ptg kami pun sudah married, n tetamu pun mula keluar dr rumah utk menjamu selera. tetamu keluar tu sbb mknn kite sediakan dkt porch tau, jgn la fikir tetamu kene keluar mkn sndiri2 pulak..hehe.

ptg tu, kami ada sesi tukar2 baju..tiga pasang baju..2 utk perempuan, 1 untuk lelaki..we had fun..kekoknya nak pgg2 wan dpn ramai org bile abg photographer suggest nk posing mcm mana! hahaha


Sepasang baju jawa lelaki dan perempuan dan baju lengga utk perempuan. baju lengga tu baju org hindustan yang kembang yang kalau menari pusing2 tu dia kembang. Baju Jawa dan Wan Org jawa betul2 dia pakai baju jawa tu dengan kain batik jawa, satu set. sedangkan pengantin lelaki yang nak pakai baju jawa selalunya malu nak pakai kain, maka mereka tukar dengan seluar, kain batik tu dipakai mcm samping. tapi my darling wan sangat sporting bila dia kata "OKE" kepada kain! jadi dia memang berpakaian serupa jawa betul2. ramai pengantin lelaki di malaysia ni tak akan nak pakai kain, tapi my one and only WAN nak..tu salah satu beza dia dengan dengan orang lain. then wan balik mlm tu with his brothers, after selesai semua..


oh ye album gambar prewedding and tunang haritu baru je dpt masa hari nk nikah tu..cantiknya semua gambar..saya sgt happy..photographer ku bagusss.. kelewatan dia haritu bersebab, dan marilah kite lupakan..all because his work is superb!!!


my friends yang dijemput semua dtg..kecuali ada a few..i am blessed..kawan uitm law berderet penuh 1 meja..kawan2 mersing lagi..kawan2 segambut, and especially kawan2 baik berhampiran rumah! kwn2 ofis takde tp..tak apalah..it's oke :)


mknn guna caterer yg sama mcm kenduri tunang december lepas..since ramai invitees hari nikah sama dgn invitees hari tunang, maka mereka perasan jgk mknn tu sama..tp tk apa lah..janji sedap! n yess mknn sdap oke? hahaha


sedara mara pun dtg..alang and the gang mmg dtg, mereka sungguh cool..ucu pun! pak ngah ada jugak..keluarga sebelah ayah pun tak tinggal..ada cik esah..(cik yot pun ada tp tak sure dia dtg sbtu or ahd) n dearest paman halid pun dtg..saya sungguh happy!


majlis seriously went well. alhamdulillah ya allah..:)))


p/s baju nikah, despite kejadian haritu, it turned out oke sgt! i like.

Tuesday, March 29, 2011

nikah - perasaan saya.

cerita fasal perasaan oke?

bila masuk hari sabtu, perasaan ni dah jadi berkecamok yg teramat sgt.. sebab nervous + byk benda nak fikir n nak uruskan. tp alhamdulillah, sampai je kak as (kakak make-up saya yg comel) ke bilik pengantin utk start melakukan kepakaran dia, saya telah berjaya utk let go, i stopped thinking about everything, except being pretty during the majlis.. jadi, muka pun tersenyum je lah..

masa dah siap make-up, masa nak pakai baju nikah tu, tiba-tiba perut ni shrink..like literally, from inside..so, after dah salin baju, kak as nak pakai kan tudung, masa tu mulut tak berenti ckp kat kak as, "kecutnya perut saya ni" ..."eii takotnya"... dan beberapa keluhan lain..

perasaan masa tu hanya tuhan saja yg tau, (and of course org yg dah nikah dia tau lah jugak, sbb dah penah rasa)..n saya adalah si perempuan..bayangkan lelaki yg memang ada tanggungjawab masa hari nikah tu, mcm mana la dia nye nervous??

so, disebabkan terasa berat pulak nak bayangkan perasaan wan, i called him.. hahahahha n guess what, he didn't say much...dia seboleh-bolehnya tak nak ckp fasal nervousness..dia kate "wan nak focus" kesian dia..dia tak pernah se-nervous tu.. darling, u were obviously nervous, and that's cute..

tiba-tiba mak naik atas and ckp "wan dah sampai, turunlah" hadoi...!! gile..!!!!!! masa ni, jantung rasa nk tercabot, kaki terketar-ketar nak turun tangga, tangan sejuk, senyum terasa pelik..dah tak nmpak org kiri kanan..that was the most nervous part of all.,

bila dah duduk kat tepi wan, atas bantal nikah tu, wan pun masuk, and duduk atas bantal nikah tu..then tok kadi start..masa ni, perasaan saya adalah tenang..sebab, i know that that was happening and i know that wan's role was greater, and i should just sit and be pretty and just listen carefully to whatever the kadi had to say..mana la tau kot-kot dia tanya something masa aku tengah berangan ke?? hahahaha

rupanya, pihak perempuan yg kena keluar suara dulu..baca lafaz yg ada dlm borang tu..nasib baik masa tu tenang aje..mcm mana tak tenang, serasa saya, saya hanya nampak 5 org je dlm rumah time tu..wan, tok kadi, dua org saksi dan ayah. org lain sume saya tak nampak walau pun mereka duduk disekeliling ruang tamu yg penuh dan sesak..hahaha *tenang konon!* hahahahah

perjalanan majlis nikah:

after perempuan baca lafaz tu, ayah pulak baca lafaz wali dia..dia wakilkan kt tok kadi utk nikah kan..then tok kadi baca khutbah nikah..(ada khutbah oke?? baru aku tau)..

then tok kadi suro sign a few forms, (which i didn't bother knowing what were those forms that i signed)..ayah pun ada sign2..and of course wan pun..

after that tok kadi bisik dekat wan, hanya yg lima tu je yg dengar sbb tok kadi btul2 bisik, dia minta wan test baca lafaz kabul tu..wan pun sebut (berbisik jugak) "aku terima nikahnya mazuin bt hashim dengan mas kahwinnya 80ringgit tunai." then tok kadi tu beritau yg lafaz utk kl lain..hilangkan both "nya" tu.. then wan angguk faham, tapi tak test lagi pun.. masa tu terfikir jugak, wan btulke faham? tak perlu ke test dulu lg skali?

and then tok kadi hulur tangan..masa tu..peluh sejuk semua dah makin sejuk dan terus membeku..seram.ahahaha..then terus tok kadi sebut ijabnya..then dia goyang tangan sikit dan wan terus sebut kabulnya..then tok kadi tanya saksi, both kata sah..

ya allah..i'm married..one word "indahnya" pernikahan tersebut.

then ada lafaz ta'liq by wan, then doa + tok kadi inform sikit tentang apa nk buat dengan sijil nikah tu nnti..then abiss..

so, nikah = CHECKED!

alhamdulillah..

selesai..selamat sudah kami..saya skrg memiliki sijil nikah sementara. Kesayanganku, Wan, who was my classmate, turn to best friend then boyfriend, is no longer a fiance of mine, he is now my husband. i'm blessed and proud to introduce, Wan, my husband..
(my husband..husband?..yess..husband..& this gelaran needs getting used to..)

masa gamba ni di-snap, wan belum cium dahi win lagi..
(cium dahi is my favourite part of nikah day, after a perfect one-time kabul yg dilafazkan dengan lancar oleh suami saya)


hah..favourite part..
gambar-gambar ni dipinjam daripada zaima (pinjam ye zaima)
sbb of course album kahwin belum siap and byk gamba belum smpat nak upload lagi..


seronoknya..lega sangat..persiapan yang panjang, sibuk, menyeksakan telah tamat..dan sekarang saya boleh peluk husband saya kuat-kuat dengan halal..hehe.

Saturday, March 26, 2011

it's 26 March 2011


i am going to be married today..! keluarga wan dah sampai..WAN DAH SAMPAI..mak dah suro turun..kaki ni apsal terketar-ketar..*control, jgn smpai jatuh tangga!* oke, i'm going down the stairs now, within half an hour, i'll be WAN'S WIFE..like, for real..

Friday, March 25, 2011

hiccup - inai

inai bunga2.

plan asal tak mahu inai lukis bunga2 atas tgn tu, tp later i changed my mind for 1 reason, nak tutup parut melecur yg kena masa dinner date dgn wan dkt johnny's..parut hodoh itu perlu di-cover.

since saya tak book mana2 org pelukis inai, sedangkan dah hari khamis (2days before nikah day), we went to jln masjid india, kl..cool gile mereka lukis, cantik, secantik lukisan inai org2 pelukis inai "professional" yg mana mereka menjalankan business through blogs and facebook tu..alaaa yg caj mahal tu.. and guess what, lukis inai dkt jln masjid india ni teramat murah berbanding pelukis inai pro punye caj..95% cheaper than those "professional", trust me!

tp jgn sebut nak kawen tau..sebut nk saje2 je pakai inai tu..sbb kalau sbut nk kawen, caj dia melonjak naik 2-3 kali ganda, for the same service..gile cekik! walaupun maseh lg murah dpd those "pro" people..tp..hmm fikir la sendiri kan.

di jln masjid india punye inai tu dia guna chemical jugak..jadi lebih baik test dulu. takot allergic. bley thn 5 hari katanya..tp hari ni dah hari 6, my inai still ada..:) lepas dia lukis, lepak la situ dlm 20 minit..then dah kering, trus bley tanggal n chow..sekejap je..nama pun chemical..kalau inai daun tu kena kot semalaman..dats y "pro" dtg rumah utk lukiskan, kalau tak cne kau nk balik?

ke ats kulit saya inai tu tak tinggal apa2 side effect..gatal pun tidak, mybe kulit kering sikit je..

inai cap kt hujung jari.

hari khamis, malam jumaat, adalah hari saya nk pakai inai kt jari..inai yg letak kt ruas jari tu..then mak pun bersusah payah petik daun inai kt belakang rumah, dicampurnya gambir..n voila! siap..so lepas abes semua kerja hari khamis, dah siap2 nk tido, mak pun pakaikan inai..mmg sengaja nk pakai khamis, so, kalau tak pekat, esok bley pakai lagi,.

bila dah pakai, rupanya inai tu terlebih berair, jadi dia tak mau lekat kat jari..tp warna dia cantik,.,.jari2 mak yg memakaikan tu dah merah dah..tp tak mau lekat..jadi mak kata, takpelah, esok je la pakai..so mlm tu tido je la..

esoknya dah hari jumaat lah kan, jumaat malam sbtu tu, lepas dah ready semua, maka kami pun attempt lagi sekali..kali ni dia lekat di jari..tp lepas 15minit pakai, dia mengering dan terjatuh..bila jatuh, tgk kuku/kulit jari tu tak merah pun.oren pun samar2 je..n guess what..it was already 1 o'clock in the morning..kami attempt lagi..then akhirnya pukul 2.30 pagi, inai tu oren sikit je mcm kaler kunyit kalau kita main kunyit nk goreng2 ayam/ikan tu je..

*CUAK* dah nak nangis dah..(mungkin dah nangis) tp tahan je, kol 2 ptg nnti nk nikah dah..kalau nangis skrg, mata bengkak karang lagi teruk.

last2 cari balik inai tiub.. ada! n before that ira pakai dlm masa sejam kuku dia dah merah/oren cantik..tp slalu pakai kt kuku je, inai tiub tak pnah pkai kt kulit pulak, so takot tak lekat kaler dia..

tp apa nk buat kan? tinggal 12jam sebelum nikah, and inai pun belum pakai.! so test je la..ira dengan selamba dia pakaikan.kaki dan tangan..belum abis dia pakaikan, lebih kurang kol 3.30 pagi tu, i fell asleep..kesian dia..tinggal sorg2..pakaikan smpai siap..taktau pukul berapa la siapnya tu..

n of course, it turned out WELL.. i would give ira a big hug and kiss, but saya malu..hehehe thank u little sis..i owe u one..BIG time!

lesson of the day, walaupun inai tak bley prepare awl2, tp sebulan sebelum wedding, try-try la survey inai ye..kalau oke, stick to that one..kalau tak oke, tgk2 inai lain jadikan back up, inai tiub yg bli kt mydin tu sgt membantu..try la awl2..nnti sehari seblum kawen terus pakai je confirm oke..jgn tunggu las minit baru nak cuba n cari back up,,nnti nanges.! haha

rama-rama

dalam perut saya ada rama-rama besar (there is a big butterfly in my stomach).. terasa makin rancak rama-rama tu berjoget bila tgk ticker di atas menunjukkan tinggal 1 hari shj lagi..(cuba tgk tgn pengantin kt ticker di atas,, dah pgg dah..hehe.esok bley pgg tgn wan, tuhan izinkan dah..*senyum*)

mmg mcm ni ke semua bride-to-be akan rasa? haritu masa nk bertunang pun kecut perut..inikan pulak nak nikah.

harini bolehla ckp ayat ni, "esok, saya akan dinikahkan dgn tunang saya" :)

anyway, smlm tok kadi dah kol utk reconfirm time and place of nikah..mak oi garangnya suara tok kadi..gasaklah wan nnti.hehehe, nasib baik org laki yg kene sebut kabul tu nnti..nasib baik org perempuan tak payah ckp apape selain "setuju!"..always remember awin, sebut "setuju" nanti sopan2, oke?

inai 1st round dah pakai..pelamin dah pasang..i'm telling myself, "this is really happening", tapi kenapalah sampai harini still rasa mcm mimpi??

semalam dan hari ni berderet pulak org ckp tak bley dtg to my wedding..nak tahu apa perasaan saya? sedih sgt2. like seriously. i know that they have reasons..tp still..kwn2 saya tak mau dtg wedding saya! :(
from now on, if i can't attend someone's wedding, i should not tell her a day or two days before her wedding..because i don't want them to be devastated, like me. :(((((..skrg saya terus takot mau baca sms dr kwn2, msg kt inbox facebook and especially wall kt event facebook.sbb saya takot terbaca msg "mazuin, sory..." :(( dah la tak usah fikir. mari kita fikir tentang keseronokan esok :)..

so, what's happening today? wedding cake sampai..bunga sampai, bley buat hntaran, n hias bilik pengantin..oh yess.."isi" utk doorgift juga smpai hari ni..at least one of them..:) lg satu esok br smpai..
kwn2 yg nk tolong2, mlm ni tak pyh dtg pun takpe, esok lepas nikah stay smpai mlm laaa..sbb esok lah byk benda nk buat :)

i love u perempuan2 ku, ur here when i need u the most,, i'll balas budi kamuorg bila "hari" kamuorg masing2 smpai nnti ye?

Thursday, March 24, 2011

2 more days to go

sejak cuti haritu, masa dah terasa makin suntuk, dats why tiada entry baru..:(,. byk benda dah jadi dlm 2-3 hari ni.

1st, my good friends from mrsm mersing dah buat satu bachelorette dinner for me. it was a blast. best sgt bila ada org ingat kite..:)))))))) *naksenyumbykbykkali*.. mybe later in december, i'll throw them a bachelorette slumber party pulak. harap2 sempat. :) i'll try my best. girks,,i know u r reading this..zillion thanks to u girls, i will not forget that night., forever. n the gift..stiap kali kite pakai msti teringat awk2 semua..oppps, hahaha, anyway bila ada msa nnti, kite upload gmba ye, tak smpat.! sori!!

2nd, ada satu insiden baju nikah yg menyayat hati. i thank allah soooo very much for listening to my prayer and mengizinkan perkara tersebut diselesaikan dgn cpt.alhamdulillah..yang ini i can't share with u people. maaf ye, cuma, jgn lupa smbahyang..insyaallah dia akan tolong.

3rdly, kejadian bunga telur. my mum tgh pegi beli telur, i was at home dia call suro check if telur gred b muat letak dlm kain net bunga telur tu. so i did. terkejut monyet i bile mendapati bhw net bunga telur yg bli kt nilai 3 tu nak balut jari pun tak muat..haha naseb hari tu baru selasa. sempat nk repair. sejumlah kecil je mcm tu..bukan semua..n mlm smlm, mak dan ira tolong, semua da selesai. alhamdulillah.
kwn2, duduk bersilalah anda di kedai utk kira bunga telur yg anda bli tu satu per satu. if dlm satu kotak ada 50 pttnya, pastikan..n check net nya!

4th, smlm kami cari paper bag. dulu semua paper bag kt nilai harga rm2.80 per paket (isinya 10)..sekarang semua rm3.30.. wlaupun beza cuma rm0.50, cuba bygkan kalau anda bli 1000 keping..jadi, pegi kedai hujung2 yg lgsung takde org, usha..kot-kot ada yg rm2.50 ke? trust me, ada!.. tp bear in mind, harga ni 2011 punya hrga. kalau kau nk kawen 3thn lg, of course tk dpt dah hrga mcm tu. :)

5th, baju dan aksesori utk snding kt rumah wan dah amek smlm..lega! hari ni,khamis,, diorg nk dtg pasang pelamin dah. i guess this is really happening!

6th, i love my bakal suami more and more everyday..:) i'm happy!..

Thursday, March 17, 2011

invitation card~

99.99% kad jemputan sudah keluar...ramai jugak yang di-tag di facebook..masih sempat kalau mereka nak kad skrg..mintak ye..please ;)

so,
jemputan = CHECKED!

tak jadi blacklist

semalam kami pergi fitting keseluruhan baju2 yang nak dipakai pada 26/27 Mac dan 2 April. Alhamdulillah semua oke. though ada jugak yang kena alter sikit lagi..tapi everything's fine..

butik pengantin di bangi itu tak jadi utk di blacklist.. one-time mistake is forgiveable. they did oke yesterday. i'm happy :))))

pick up baju 23 Mac 2011..iaitu 4 hari sebelum majlis..

(iaitu 5 hari dari sekarang sbb tinggal 9 hari sahaja lagi..arhhhggggghh!!)

semua baju bersanding/persalinan/gown = CHECKED!
pelamin both sides = CHECKED!

Wednesday, March 16, 2011

BLACKlist

selain kedai kad kahwin yang durjana itu, ada satu lagi yang bakal di-blacklist kan soon. sebuah butik pengantin yang tak berapa pandai buat kerja. Sepatutnya semalam ada date dengan mereka ni utk fitting. Nasib baik sebelum drive ke bangi yang tak berapa nak dekat tu kami telefon dulu..Rupa-rupanya mereka belum ready lagi.

Alasan demi alasan dihadapkan kepada kami. Alasan yang menipu pun ada. Bila win called, dia ckp "kakak sakit pinggang, baru lepas x-ray, tak ley bangun ni".. within 10 minutes, wan called, same person jawab "kakak hari ni uruskan majlis tunang.."..

terkejut bila dengar wan cerita ni. so i asked "wan, betul ke wan dengar dia ckp 'tunang' ke wan salah dengar 'tulang'?? sbb dia ckp dkt win dia sakit 'tulang'!"..
wan jawab "iya, dia memang ckp 'majlis tunang'".

ya Allah,, orang jenis apa yang aku tgh deal with ni? kalau tak ready, ckp je la tak ready, kalau ada emergency, ckp je emergency, WE WILL UNDERSTAND. skrg mereka dengan bodohnya menipu.

tak apa lah. petang kita jumpa ye, kalau kau spoil, aku chow.!

(masalahnya sempat lagi ke nak chow..??? Allahuakbar. i am freaking out)

Monday, March 14, 2011

wishlist

People, apa yg plg bermakna adalah kehadiran para jemputan..:) seriously. Tapi i created a wishlist anyway. Tujuannya utk kasi idea kpd u guys nak beli apa for us (win&wan) for our wedding, IF u guys plan to buy us present la..


apa yg saya sgt mahu adalah:

Barang-barang rumah, utk dapur, ruang tamu, bilik tidur..dsbnya..memandangkan kami akan terus move into a house after wedding nnti sehelai sepinggang shj.:) Contoh2nya adalah seperti berikut:

*washing machine*
*refrigerator*
*microwave oven*
*normal oven*
*vacuum cleaner*

*bedsheet*
*LCD TV*
*blender*
*rice cooker*
*deep fryer*
*dinner set*
*cutlery besi*
*set pisau*
*tea set*
*frying pan yg tak melekat*
*corningware utk hidang lauk*
*periuk kaca*
*cake mixer*

*dvd player*
*lampu yang cantik*
*barang hiasan*
*lingerie*

*lain-lain suka hati kamuorang, i don't mind :)*

U know i love pink rite? I would love them more if they are pink or white..but any other colour pun oke je..:) love ya! :)))

p/s if awak nak reserve any barang di atas sbb awak mmg nak kasi saya barang itu, awak kasi tau saya, saya padam supaya org laen boleh beli barang lain pula..:)

tengok tu, dah dekat!

sikit lagi bride nak sampai ke groom..
kesian groom tggu lama..dah lama dah tgn dia hulur cmtu..:)
Perasaan sebenar? Gelisah. Especially about the preparation of the wedding..

Friday, March 11, 2011

abg sham the D.J.

i told u how i came to find abg hisham DJ ni kan?..anyway, semalam, kami ada date dgn dia dekat mcD jalan pahang..tujuannya utk bayar deposit servis dia nnti...
.
RM450 shj fee dia..kat kl ni dlm byk2 DJ, RM450 tu yg paling murah sekali..yg termahal yg pernah dijumpai is RM900..itupun sebab termasuk kompang, karaoke, DJ, pengacara majlis and penari kanak2 bagai..tak perlu kan? nottt! sbb kemuncak majlis is all about bride and groom..kalau ada budak2 menari, nnti dia amek spot lite tu pulak..hahahaha..! by the way, ini harga DJ majlis kahwin yg biasa2 ye..jgn expect yg grand..sebab i tak kahwin grand oke? :)
.
by the way, he's nice and humble je..mmg pandai bercakap..mulut dia bercerita tak berenti-berenti. i hired him simply because dlm byk2 DJ yg pernah disaksikan secara live, dia yg plg bersahaja,.siap berjalan bwk mic ke arah pengantin yg tgh berarak utk memberi komen..padahal DJ lain berat b*nt*t nak bergerak ke sana ke mari, semua duduk je..so, he's different..i like that.
.
have i checked DJ yet? if i haven't
DJ and PA system = CHECKED!

Thursday, March 10, 2011

fb events

selain kad jemputan, i have invited everybody through fb jugak, standard la kan? as much as i hate to admit, i am a facebook freak..asalkan online aje, msti bukak facebook dulu.
so, my event invitation to my wedding tu,. i notice ada yg dah post something kat my event wall, and then that post dissapear..hmm..(tulah sape suruh jadik facebook freak, yg itu pun u notice jugak..) deleted, i guess..it should mean something,kan? do i care? sadly..yess..

ntah la..nak buek camno..tak kuaso den doh..lalalaa~

hiccup lagi..! --ending--

please baca entry yg sebelum ini dulu, then baru baca entry yg ini kalau tidak kau spoil cerita, faham??

dalam masa diri ini berdebar-debar, jantung pun terstop-stop,, then he finally answered.
he answered.."yang raw masih ada, semua ada dlm cd..cuma yg editted je yg semua abes.."

oh kelegaan!..alhamdulillahirabbilalamin.

dia sambung ckp, "jadi abg d*n harap maz faham la.."

n i answered, "iyer lah, nak buat cmne..jgn rush la..take ur time"

dlm hati marah sgt, kalau dia hantar album tu on time, laptop dia belum kena curi kan? dah la lambat, mintak extension, then skrg force majeure took place, apa bley buat..mangsanya siapa? iyer..saya adalah mangsanya, and i am a paying customer.tak kasihan ke kat org yg sebok bertukang nak mendirikan masjid ni ha?
(force majeure means an occurence of something that is out of anyone's control)

apapun mmg dah dipesan supaya dia jgn rush. kalau tak byar mhl2, gamba asal siap je..takpelah abg d*n..take ur time, i'm not in a rush anyway,, just a bit frustrated,..

takpe, nnti masa wedding (yup, still with him), i'll make sure i'll hold a big amount of money sbg final payment..slagi u tak bg album or slagi i tak puas hati dgn album yg u bg walau on time sekalipun, i won't release ur money..when i say a BIG amount of money, i mean a BIG amount of money, faham?

i have to do this.. be fair to me. please.

kesimpulannya kwn2 bride-to-be, jgn kasi muka kt photographer anda atau sesiapa, kalau dia janji bulan februari,. korg telefon dia bulan februari. jgn tggu mac mcm saya br nak kol, oke?

Wednesday, March 9, 2011

hiccup lagi..!

last nite, i received a call from my very own dearest photographer..but before that..

do u remember that i got engaged on 18 Dec 2010?? i hired this photographer. he's good, in fact he's great..! he said my engagement album will be ready in february, although he was asking for 2 months ++, i said fine,.,.because i don't want to rush him lagipun i am busy preparing my wedding, no time to worry about him. because i trusted him. anyway, it was the 7th day of the march already!!, he still owe me the engagement album, in fact pre-wedding album pun blom kasik. i sms him and he asked for extension due to some problem, bla, bla,, bla,,i said oke lah..fine,.!

oke sambung ayat kat atas tadi..last nite, he called and tell me yang laptop dia kena curik..sedangkan dia tgh finalized my engagement punya album..all photos ada dlm laptop and laptop dia kena rembat!!!

oh sh*t..oh sh*t kan???? cuak oke..though i sympathized him for losing his laptop, but i was freaking out thinking that:

"OH EMM GEE..dah lah gambar bertunang i yg
cantik2 ada sikit je!..
dah la i takkan bertunang lagi dlm hidup yg sementara ini!..
abehla..ya Allah ya Tuhanku sedihnya"
.
jadi serta merta soalan ni terpacul keluar dari mulut:
"jadi gambar tunang saya semua habislah?? dah takdelah???" dalam hati dah mula berkira2 duit nak hire lawyer, nak saman aje dia ni..
.
n dia jwb "yg editted dah takde, abis langsung.."..
i asked again, "yg editted? ohh yg raw ada lagi ke takde jugak..??"
.
and he answered..
.
.
*astaghfirullahalazim*. cuak nak mamp oke aku ni??
to be continued.

kad saya comel?

*suke!!!!*

hari ni 9 haribulan mac,, dah 9 hari lah kad jemputan kahwin disebarkan kepada para jemputan.. ramai org puji kad tu..yeahhh!

entry ni bukan nk BERLAGAK ye atau apa2 yg seperti itu..just nak express feeling gembira yang teramat sangat dan bersyukur, yelah, setelah menghadapi karenah pencetak kad yang pain in the a*s sgt2..my cards turned out just fine..alhamdulillah..alhamdulillah..bersyukur..saya sgt gembira.

terima kasih kepada kwn2 yg memuji..u've made my day!!!! like,..seriously..HUGS&KISSES..

by the way, sapa nak kad masih boleh..bagik je alamat dgn apa cara sekalipun oke???
and please..please don't go tempah your invitation card dekat kedai kad kahwin amazon pertama complex..! if i hv to repeat this 1000 times, i will! :)

Tuesday, March 8, 2011

the list of final payments

dah dekat kan? tinggal 18 hari je lagi..*shivering*

so last nite, semua final payment telah disenaraikan utk tujuan:

1. nak re-count budget yg tinggal disebabkan terlampau byk yg over-spent!
2. memudahkan ibu tercinta utk menguruskan duit2 final payment yg bakal diserahkan kpdnya (keseluruhan jumlah) utk membantu pegang duit tu dan memastikan segala final payment dibuat..

byk benda dah settle,, most of the littlest hiccups hv also been taken care of..alhamdulillah..moga2 semuanya lancar.amin.

Saturday, March 5, 2011

final fitting~

dah selesai perjumpaan terakhir (sebelum hari wedding) dengan butik pengantin. design pelamin dah finalized & baju win n wan pun dah di-final fitting-kan tadi.. they fit us well..alhamdulillah..utk 3 minggu akan dtg ni, dah tak bley mkn byk atau kurang lagi..kot2 badan naik or turun. within 3 weeks yang hectic dan stressful, anything can happen rite?
payment yg sepatutnya pun dah diselesaikan.

maka, pelamin + baju bersanding utk 27 mac 2011 = CHECKED!

hiccups..

we are experiencing a few hiccups..small and annoying ones.. contoh?
- cuti kahwin yang limited..akibat tidak di-permanent-kan lagi sampai skrg. terima kasih.
- pakej pelamin + pakaian bersanding "lengkap" tak sediakan "corset"..lengkap kan? buduh..but thanks to my beautiful ikeen,, saved my day.
- butik pelamin yg tak organize. sekejap kata cmni, sekejap kata cmtu..kalau tak kerana duit da letak, dah lama aku berambus.
- doorgift yang menyeksakan, namun masih boleh repair..insyaallah.
- harga setem yg extreme. byk kad cuba utk dihantar by hand..
dll.

SERIOUSLY in a bad mood. keep away!

Thursday, March 3, 2011

insiden bunga

telah pergi ke floristika, bangsar utk membeli bunga-bungaan untuk hantaran, deko pelamin & deko meja makan beradab bersama kak eiffa..

order dibuat dengan seorang staff bernama Rayner, sabahan yang cool la jgk..bila tengah order ni, dia asyik bagi remark macam ni "wow banyaknye kakak ni nak beli bunga!" tapi remark tu dibuat dalam hati dia la, jelas tergambar kat muka dia, tapi dia tak sebut. tapi dia ada tanya "byk beli bunga ni kak nak kahwin ke?"..yes la bro..bunga utk wedding.

bila order dah buat, dia pun start key-in kan order tadi dalam komputer dia..sambil tu dia tanya nak kasi deposit berapa? i said RM50 je..dia tak setuju, dia ckp at least RM100 la kak. (naseb kak eiffa bwk duit lebih, so oke la tapi kenapa nak deposit byk sgt pun.?) dia key in first sekali garberra daisy x 30.. tiba-tiba terkeluar figure "RM225"..terkejut abu pulak tengok harganya..pahal mamat ni? mahal nak mampus pulak, *pengsan*

berikut adalah conversation kami:

win: eh..nanti..nanti..kenapa mahal sgt ni? (ni baru garberra, belum roses + carnation..duhh!)
ray: kakak nak 30 kan? betul la ni.
win: (mengeluarkan calculator dan mula membuat kira2) tapi kenapa mhl sangat.? *cuak*
ray: satu bundle RM7.50. 30 bundle RM225 la..
win: eh tak..tak..!! saya bukan nak 30 bundle..saya nak 30 kuntum je! *panik*
ray: hahahaha ooohh...saya ingatkan 30 ni bundle..rupanya kuntum..!
win: *lega* u jgn la silap mcm tu..i pengsan.!

fakta:
1. 1 bundle = 10 kuntum = RM7.50
2. 30 bundle = 300 kuntum = RM225!
3. permintaan sebenar = 30 kuntum = 3 bundle sahaja = RM22.50

tak ke cuak aku dah??

semua went well, pick up date: 25 Mac 2011..one day before the solemnization ceremony!

hiasan hantaran = CHECKED!
hiasan bilik tidur pengantin = CHECKED!
hiasan meja makan beradab = CHECKED!