semalam, selepas kerja straight pergi ke bangi, niat di hati ada 2, satu, nak jumpa buah hati pengarang jantungku...dua, nak pegi ke butik pelamin untuk update kan segalanya.
butik pelamin yang di bangi adalah untuk majlis wan, masuk yang semalam dah kali ke-3 kami berjumpa mereka, satu, masa mula2 jumpa dan jatuh hati dgn baju2nya dan harga pakej2 nya, dua, wan dtg seorang utk bayar deposit bagi block tarikh serta pre-book baju yang dah suka tu dan semalam, yang ke-tiga untuk update everything.
maka, bila sampai, baju yang dah terberkenan haritu dah siap2 dipasang di patung. mcm tau2 je dorg ni yang kami nak dtg harini!! ada tiga baju yang bess tema yang sama..after mix and match ketiga2 baju tu..voila!!! there it was, my wedding dress..untuk majlis sebelah wan nanti!!
memandangkan butik ni offer harga yang best, kami turut amek gown+kot and beberapa baju persalinan..so semalam pun nak book semua baju2 ni..
goshh,, tu dia gown yang dah tersuka haritu..gorgeous!!,,wan punya kot pun..haihhh..cute..!! *SUKE!!!!!!!*
baiklah, akibat kesilapan teknikal n dengan persetujuan kami, dorg issue resit baru, makanya harga dia ternaik la sikit (500 jugak lah) ..tp d sbb kan they did warn us about the price bila tambah itu ini, n di sbb kan budget kami maseh mencukupi, kami oke kan je. bengang dan terdiam seketika, tapi, kalau di tempat lain pun mmg harga gitu jugak..
makanya, baju2 telah di book dengan official nya semalam, method of payment telah dipersetujui, maka, selesai lah satu perkara berat. alhamdulillah.
next meeting with them, 1 mac 2011, fitting baju..wahh, harinya dah makin dkt ni..:)
No comments:
Post a Comment