Monday, May 16, 2011

WE ARE MARRIED..!!

with this entry i hereby close this wedding journal officially for one reason:


..i am happily married.


thanks to everyone who has been reading this blog especially those frequent ones.. i appreciate that sooo verrrry much..


by the way, if i have extra things to share about weddings/its preparation, i'll write them in my primary blog oke?


http://awinh.blogspot.com/


regards,

Awin Hashim


Tuesday, May 3, 2011

hadiah.

bila kahwin, mestilah dapat hadiah kan..kalau org tu tak kasi hadiah pun, msti kalau salam tu salam berisi..that is malay custom..nice..nice..custom..heheh :)..kedengaran mcm mengambil kesempatan, tidak sebenarnya..cuma menghargai adat dan budaya bangsa sendiri.

duit salam tu, alhamdulillah, both rumah kita dpt agak bess..tak perlu lah nak sebut berapa..cukuplah utk adik-beradik both side kami KAYAKAN dan mak dan ayah lagilah kami MEWAHKAN..dan alhamdulillah ada lebih, kami bawa ke trip ke Indonesia baru-baru ni.

hadiah?? yes,, sepatutnya entry ni cerita fasal hadiah.. hadiah yang kami terima dari both sides of wedding sangatlah membantu..hadiah dari win's side lebih byk dpd wan's side..and alhamdulillah tak byk yg sama..;P

cuma kami mewah dgn periuk nasi, kami dapat 4 yg biasa + 1 yang multi cooker tu.. 1 dpd boss office depan, satu dpd buu, satu dpd boss wan..yg lain lupa dpd siapa..sorry peeps!



my immediate and current boss sendiri kasi microwave..he attended my wedding..i like!











n ex-boss yg cool tu kasi goblet yg comel *suke3x* dan kotaknya mcm treasure chest tu..wahhhhh!!! (btw puan, u forgot to cabot the price tag..heheeheee..i like!)


dlm entry 'wishlist' (http://awinthinksitstime.blogspot.com/2011/03/wishlist.html) kan i mentioned that we are going to be sehelai sepinggang sahaja kan, that was really true.. and lepas wedding my side, hadiah yg kami dpt dah cukup pun, tapi lepas wedding both sides, sgt sgt sgt cukup..alhamdulillah and terima kasih!

kami ada periuk nasi, kettle, microwave oven, iron, bedsheet, blender, deep fryer, cutlery, pisau, dinner set, coffee maker, cake mixer, tea set, periuk yg tak melekat, periuk set, lampu yg comel dr lovely lace lagi!, barbeque set n perhiasan like goblet, frame etc, lingerie pun ada (hahah), n hair dryer, water heater...hampir semua yg ada dlm wishlist kami dpt..*suke100x*..ada jugak yg tak dpt like vacum cleaner, dvd player and corningware tu..n of course benda besar lagi mhl like refrigerator and washing machine of course kami expect mmg kena beli sendiri..heheh..
semua yg kami dpt tu pulak, semuanya dpt lebih daripada 1..kecuali microwave oven n cake mixer je yg dpt 1..yg laen at least ada 2..

makanya, kami yg asalnya sehelai sepinggang, menjadi lengkap..syukur..! *SUKEGILER*

terima kasih kawan yg kasi hadiah, yg kasi duit salam, yg kasi both, yg dtg..n yg wish us well,..



antara hadiah2 yg dibungkus comel, my favourite














p/s sekiranya hadiah anda tidak disebut, maaf ya..dah mula lupa..it has been more than a month ago..:)..


hadiah2 yg ada dlm gambar ni..tak sampai separuh pun, the rest, dapat later..n during wan's wedding..

Friday, April 29, 2011

Majlis Menyambut Menantu

Sorry dah lama tak update blog!



Oke,,Majlis Menyambut Menantu diadakan pada 2 April 2011 bertempat di rumah wan iaitu di sg merab, kajang..on the way tu, sempat kami men-snap gambar penunjuk arah kami
n sempat juga gambar di bawah di-snap..




(and yes,, pengantin drive sendiri..bukan apa takot terlambat atau apa2 yg tidak diingini terjadi..kalau apa2 jadi kami berdua mesti kena smpai on time..heee)




ada banyak sangat hiccup pada hari tersebut..some of them, i don't even want to state it here..yg dah sudah tu sudah la kan? oke..hiccup pertama ialah pengapit lelaki, adik wan, dia ada pertandingan debat pagi tu..sempat dia pegi berdebat dulu..then almost terlewat sampai ke rumah pengantin oke?? dalam hati tuhan sahaja tau how panic i was back then, tapi tak berani tunjuk sebab wan lagi super duper panic, and i did not want to add more burden to him kan? fhm kan?





anyway, pengapit-pengapit adalah terdiri daripada adik-adik pengantin yang tercinta, adik wan dan adik win..si ira..family win yang dtg pun ramai..dah lupa rombongan berapa kereta. tp hampir semua yang expected utk dtg, datang. alhamdulillah.








Sedihnya bila fikirkan lepas ni dah tak akan jadi pengantin dah.. tapi gembira bila fikir dah tak payah berpenat/berstress/bersusah payah nak prepare wedding lagi...like,, EVER! alhamdulillah




EVERYTHING WENT PERFECTLY AS PLANNED.. *suke*

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Bersanding - Part 2

Sambungan daripada entry yang lepas.. Lepas berarak (diiring dengan lagu kompang,) kami pun bersanding atas pelamin..everything when soooo smoothly, no one fell, or tersalah langkah..hehehe *suke*

Bila dah duduk elok2 atas pelamin, DJ pun panggil orang bacakan doa..di sini anda semua kena tahu satu perkara, pilih pembaca doa anda betul-betul. Doa perlu dibaca dengan terang dan lancar, kalau semua orang dengar lagi bagus..supaya semua orang pun boleh aminkan, barulah berkat. Jadi, sila JANGAN pilih pembaca doa yang bila disuakan microphone pun tak kedengaran suaranya. di sini saya rasa annoyed sedikit. ternampak kelibat ayah yang juga annoyed sbb bacaan doa langsung tak kedengaran. lepas microphone dirapatkan lagi ke mulut pembaca doa, masih tak kedengaran apa yang disebutnya,.(makin slow pulak).. tapi later on, saya tersenyum sendiri.. now we know, not everybody can recite prayer in front of public. it's oke,, we didn't know that u have darah gemuruh. :)

next? yes, renjis-merenjis, tepung tawar,. mungkin orang skrg rasa benda ni terpesong. but for me and my family, benda ni adalah suatu perkara simbolik yang hanya menunjukkan bahawa ahli keluarga (yang menepung-tawar) merestui perkahwinan kami.. nothing more., seriously, tak ada jampi serapah, memuja2 dan sebagainya. SIMBOLIK oke? faham?..bermula dengan abah dan mak wan,,







then my parents,..






then wan's brothers,.and extended family wan,






followed by my sisters and my extended family..meriah, sgt,,. masa merenjis ni ada jugak yang tidak puas hati,, dia ingatkan dia tak ada turn,, padahal kalau dia sabar sedikit je, nama dia dah kena panggil dah pun!! malu la sikit!..kita hidup dalam masyarakat yang aman dan harmoni, janganlah ada yang suka buat scene tak tentu fasal. karang malu sendiri..:) masa merenjis ni juga kompang pun tak berenti berlagu2..kompang saya best, dibawa khas oleh wan dari sg.merab, kajang..


lepas bersanding dan merenjis, kami makan beradab.. lauk sedap sangat,, tapi mcm biasa pengantin memang tak makan banyak pun kan? bukan sebab malu2 or cover cun ke apa..tapi sebab fikirkan tetamu ramai, lebih baik kami pergi salam2 tetamu yang dtg tu, maka, makan pun express..tapi sempatlah kenyang jugak. hiasan meja pengantin semua katerer yang provide, tapi ada empat bunga meja yang kecil dan comel dan gorgeous yang saya sediakan menggunakan fresh flowers..:) thanks to azira, all centrepieces adalah idea majlis pertunangan dia sebenarnya..


Next, baju tema my family! beberapa bulan sebelum wedding, masa tahun 2010 lagi, ada seorang colleague yang nak pergi ke jakarta..so, since kami tak kesampaian nak pergi sana sendiri, maka saya pesan kepadanya untuk belikan kain lace untuk mak dan sisters dan pengapit saya.. kain satinnya ialah putih krim.. bila dah jadi baju, cantik sangat..rugi si pengantin ni tak beli satu utk dirinya sendiri *sigh*..:) tema family memang sengaja lari daripada warna pengantin.. sebab, kalau pengantin pakai lace, mereka pun lace, warna sama, nanti orang tak cam pula siapa yang pengantin..kan? kalau bukan material sama mcm pengantin, pasti mereka juga dibenarkan pakai merah..cuma ada juga yang mengamuk bila pakai baju kaler terang2, muka nampak hitam je. dah la kami kulit tak berapa nak cerah. tapi itu sekadar komplen tak berasas, sbb semua tak nampak hitam pun oke sisters (and mak) ??? haha



btw, yang lelaki pakai kain satin yang cerah jugak, putih krim2 sikit..termasuklah baju pengapit lelaki pun kain yang sama + tempahan ditanggung oleh pengantin lelaki. di sini, reminder kepada bride-to-be out there ialah, kalau beli kain lace untuk adik-beradik, or bridesmaid, ke apa ke, ingat2 lah sikit bahawa nak tempah kain lace ni mahal sikit dpd kain biasa, takot nanti mereka merungut sebab kena keluar duit lebih..solutions? kalau ada budget lebih, cover la sikit duit tempah.. kalau tak, jangan guna lace atau apa2 kain yg ada lining (utk elak kos tempah naik 2x ganda) beli kain biasa yang comel shj.

family wan semua pakai warna merah.. adik beradik lelaki dia pakai baju sama..semangat juga..I LIKE!


Next, tetamu yang dtg majoritinya ialah kawan2 saya. yang ni pun I LIKE juga!!! well, saudara-mara kami tidak berapa ramai, mak pula tidak kerja, ayah pula sudah pencen, jadi kawan2 mak dan ayah tidak seramai mana..luckily, i went to 5 different schools + uitm + office mindef..setiap sekolah/tempat ada circle of friends yang lain..so, mereka semua dijemput..n tak sangka, ramai sangat yang dtg..n tak sangka kwn sekolah rendah pun dtg juga..! yang ini DOUBLE I LIKE!!





hahah..plus, kawan uitm win & wan share, jadi mereka ramai yang dtg side perempuan..



petang tu bila ramai orang dah beransur balik, n ada few yang baru sampai and dijamu kat dalam rumah, sbb katerer dah mula berkemas..masa tu, pengantin pun pergi karaoke satu lagu..mcm gila pula nyanyi ni..ahaha..kesian wan, terpaksa ikutkan saja..


then petang, potong kek kahwin yang super gorgeous and sedap tu, then kami keluar pergi outdoor photoshoot dengan abg din photographer.. pergi outdoor sama all sisters + my brother in law + rayyan zikry...ke tasik di kepong..tapi hari panas sangat, tak ada byk gambar tasik pun, yang banyak gambar hijau je..cantik juga..








balik daripada tu, kami bergambar dengan my extended family members pulak..mereka happy je petang tu,.in fact mereka happy sepanjang hari..i love them so much,,n i really want to thank them for being there for me..then mereka beransur pulang,

maka selesailah majlis bersanding 27 Mac 2011 dengan jayanya.. alhamdulillah.. p/s terima kasih mak, ayah, lin, abg zam, ira, yaya, cah..thanks very much! I LOVE ALL OF YOU SO MUCH! thanks azira jadi pengapit, thanks kawan2 yang hadir..thank u.:)

Tuesday, April 5, 2011

Majlis Bersanding - Part 1


oke, sudah cukup cerita fasal majlis nikah. skrg semua org cuba fokus dgn majlis bersanding pula oke? majlis bersanding di rumah win pada 27 mac 2011 : one word "SMOOTH" alhamdulillah, kan?


kami telah memilih baju bersanding warna merah pekat. some say merah hati, some say maroon. baju tu direka khas berdasarkan my own kehendak oleh butik faszcreative, sungai buloh. selain baju bersanding, kami memang ambil butik tu utk pasangkan pelamin dan segala kelengkapan pelamin dan aksesori baju pengantin. pelamin dah dipasang pada hari khamis lepas, malam dlm pukul 11 mcm tu baru mereka selesai pasang. since kami tempatkan pelamin di porch, leceh pasang pelamin awal2 sebab nak kena jaga pelamin sampai dua mlm (khamis mlm dan jumaat mlm..dan sabtu mlm jugak so 3 mlm lah). tapi mereka tak free utk pasang jumaat. sabtu dah tak boleh sebab sabtu majlis nikah, nak guna pelamin tu utk ambil gambar.



orang katering dah sampai pukul 9.30 pagi, terus set up table and get ready. mereka sungguh mesra dan cekap,,.heheh,,cool,, i would recommend them..bukan sahaja murah, sedap, cekap lagi..i like!;.. meja pengantin kat bawah tu pun mereka sediakan tapi kek tak termasuk, itu beli dari orang lain.


http://restucateringcanopysdnbhd.blogspot.com/



ahad pagi, ada kumpulan marhaban seri delima tu dtg ramai2 bermarhaban di rumah. terus rasa meriah aje bila org bising2 kat bawah. kakak make up sampai dlm pukul 10 pagi mcm tu. jadi masa org bermarhaban, kita sebok bermekap dekat atas. abg dj pun dah sampai pukul 10.45pagi mcm tu..lewat sikit la sebab dia janji pukul 9.30pagi..tapi tak apa :)


hari ahad tak nervous mcm hari sabtu. seriously, tak nervous langsung. sebab? semua perkara dah let go utk diuruskan oleh family members, semua duit dah kasi dekat mak utk final payment diuruskan, family wan dah standby dekat surau berhampiran dari pukul 12 tengah hari. mereka on time (awal sebenarnya) sebab bersanding pukul 1 pm.


sambil di make up kan, pengapit kesayangan dan inangnya pun dah sampai. mereka terus buatkan handbouquet utk pengantin..boleh tak belum buat lagi masa tu..tapi bunga dah ada lah. remind me utk tulis entry fasal bunga ye, ada byk benda nak share fasal kembangnya bunga. bila dah sudah make-up, duduk kat katil, bergambar dengan si pengapit dan inangnya sambil abg din photographer pun melakukan tugasnya. then wan tanya, boleh ke awalkan berarak dan bersanding kita sebab family wan dah terlebih ready.. it was only 12.30pm..for me, i think lebih baik tunggu lagi sikit sebab dalam kad tulis bersanding pukul 1. tapi ayah said oke. jadi pukul 12.45pm kami pun berarak.

being centre of attention was A PIECE OF HEAVEN, tapi kalau terlalu berhati2 awkward jadinya. alhamdulillah, tiada siapa yg tersadung or what not on that day. tapi frust jugak sebab perarakan pengantin tu pendek sangat..berarak melepasi satu rumah aje. tapi tak apalah.. ada satu lagi silap yg tak cantik iaitu, the bride (i'm talking about me) was holding her handbouquet terlampau ke atas, depan dada dia..that was a mistake..nasib baik tak nmpak sgt silap tu..hehe..people, pegang plan nak pegang handbouquet kat paras mana ye! oh ye..pengapit saya sgt comel..i like..cume kesian tangan dia penat ;P

pemegang bunga manggar pun ada isu sedikit. niat di hati nak pinjam dua org anak sepupu utk pegang bunga manggar, but for some reasons yang tidak dpt dielakkan, mereka sampai lewat sikit. maka, saya tiada pemegang bunga manggar.. adalah dua tiga org budak berlari riang kat dlm rumah, tapi they are too young,,nnti dia bawa lari pulak bunga manggar tu..tak fasal2 je.. jadi i asked for my two adik cantik utk pegang bunga manggar.. dua anak dara pegang bunga manggar, oke jugak kan? siap pakai baju cantik lagi..lagi lah bagus..saya sayang pemegang-pemegang bunga manggar saya. they were awesome.! it wasn't even a hiccup. alhamdulillah.

~end of Part 1~

Friday, April 1, 2011

blog updates

dear reader,

this entry is just for u (yes, u!) sorry to inform u that i can't update this blog for the time being because as all of u know, this week is my wedding week. there are a lot of things i wanna share with u, a lot of photos too..but i can't find the time..

tomorrow will be my wedding at wan's side..the final wedding..so today and a few days after tomorrow, i will not be available to provide u with updates..soooo sorryy! but after everythings go calm again, i'll write u lot of entries oke? and photos too, i won't forget..

btw, u are aware that this is a wedding blog right? thus, there will be an ending soon to this blog..*sadness*.. but until then, i hope u'll look forward of reading all about the wedding!

love, hugs and kisses from me,
mazuin.


Wednesday, March 30, 2011

nikah - the aftermath

majlis nikah kami haritu mula selepas zohor..pukul 2.15ptg la jugak baru cukup korum..by 2.50ptg kami pun sudah married, n tetamu pun mula keluar dr rumah utk menjamu selera. tetamu keluar tu sbb mknn kite sediakan dkt porch tau, jgn la fikir tetamu kene keluar mkn sndiri2 pulak..hehe.

ptg tu, kami ada sesi tukar2 baju..tiga pasang baju..2 utk perempuan, 1 untuk lelaki..we had fun..kekoknya nak pgg2 wan dpn ramai org bile abg photographer suggest nk posing mcm mana! hahaha


Sepasang baju jawa lelaki dan perempuan dan baju lengga utk perempuan. baju lengga tu baju org hindustan yang kembang yang kalau menari pusing2 tu dia kembang. Baju Jawa dan Wan Org jawa betul2 dia pakai baju jawa tu dengan kain batik jawa, satu set. sedangkan pengantin lelaki yang nak pakai baju jawa selalunya malu nak pakai kain, maka mereka tukar dengan seluar, kain batik tu dipakai mcm samping. tapi my darling wan sangat sporting bila dia kata "OKE" kepada kain! jadi dia memang berpakaian serupa jawa betul2. ramai pengantin lelaki di malaysia ni tak akan nak pakai kain, tapi my one and only WAN nak..tu salah satu beza dia dengan dengan orang lain. then wan balik mlm tu with his brothers, after selesai semua..


oh ye album gambar prewedding and tunang haritu baru je dpt masa hari nk nikah tu..cantiknya semua gambar..saya sgt happy..photographer ku bagusss.. kelewatan dia haritu bersebab, dan marilah kite lupakan..all because his work is superb!!!


my friends yang dijemput semua dtg..kecuali ada a few..i am blessed..kawan uitm law berderet penuh 1 meja..kawan2 mersing lagi..kawan2 segambut, and especially kawan2 baik berhampiran rumah! kwn2 ofis takde tp..tak apalah..it's oke :)


mknn guna caterer yg sama mcm kenduri tunang december lepas..since ramai invitees hari nikah sama dgn invitees hari tunang, maka mereka perasan jgk mknn tu sama..tp tk apa lah..janji sedap! n yess mknn sdap oke? hahaha


sedara mara pun dtg..alang and the gang mmg dtg, mereka sungguh cool..ucu pun! pak ngah ada jugak..keluarga sebelah ayah pun tak tinggal..ada cik esah..(cik yot pun ada tp tak sure dia dtg sbtu or ahd) n dearest paman halid pun dtg..saya sungguh happy!


majlis seriously went well. alhamdulillah ya allah..:)))


p/s baju nikah, despite kejadian haritu, it turned out oke sgt! i like.

Tuesday, March 29, 2011

nikah - perasaan saya.

cerita fasal perasaan oke?

bila masuk hari sabtu, perasaan ni dah jadi berkecamok yg teramat sgt.. sebab nervous + byk benda nak fikir n nak uruskan. tp alhamdulillah, sampai je kak as (kakak make-up saya yg comel) ke bilik pengantin utk start melakukan kepakaran dia, saya telah berjaya utk let go, i stopped thinking about everything, except being pretty during the majlis.. jadi, muka pun tersenyum je lah..

masa dah siap make-up, masa nak pakai baju nikah tu, tiba-tiba perut ni shrink..like literally, from inside..so, after dah salin baju, kak as nak pakai kan tudung, masa tu mulut tak berenti ckp kat kak as, "kecutnya perut saya ni" ..."eii takotnya"... dan beberapa keluhan lain..

perasaan masa tu hanya tuhan saja yg tau, (and of course org yg dah nikah dia tau lah jugak, sbb dah penah rasa)..n saya adalah si perempuan..bayangkan lelaki yg memang ada tanggungjawab masa hari nikah tu, mcm mana la dia nye nervous??

so, disebabkan terasa berat pulak nak bayangkan perasaan wan, i called him.. hahahahha n guess what, he didn't say much...dia seboleh-bolehnya tak nak ckp fasal nervousness..dia kate "wan nak focus" kesian dia..dia tak pernah se-nervous tu.. darling, u were obviously nervous, and that's cute..

tiba-tiba mak naik atas and ckp "wan dah sampai, turunlah" hadoi...!! gile..!!!!!! masa ni, jantung rasa nk tercabot, kaki terketar-ketar nak turun tangga, tangan sejuk, senyum terasa pelik..dah tak nmpak org kiri kanan..that was the most nervous part of all.,

bila dah duduk kat tepi wan, atas bantal nikah tu, wan pun masuk, and duduk atas bantal nikah tu..then tok kadi start..masa ni, perasaan saya adalah tenang..sebab, i know that that was happening and i know that wan's role was greater, and i should just sit and be pretty and just listen carefully to whatever the kadi had to say..mana la tau kot-kot dia tanya something masa aku tengah berangan ke?? hahahaha

rupanya, pihak perempuan yg kena keluar suara dulu..baca lafaz yg ada dlm borang tu..nasib baik masa tu tenang aje..mcm mana tak tenang, serasa saya, saya hanya nampak 5 org je dlm rumah time tu..wan, tok kadi, dua org saksi dan ayah. org lain sume saya tak nampak walau pun mereka duduk disekeliling ruang tamu yg penuh dan sesak..hahaha *tenang konon!* hahahahah

perjalanan majlis nikah:

after perempuan baca lafaz tu, ayah pulak baca lafaz wali dia..dia wakilkan kt tok kadi utk nikah kan..then tok kadi baca khutbah nikah..(ada khutbah oke?? baru aku tau)..

then tok kadi suro sign a few forms, (which i didn't bother knowing what were those forms that i signed)..ayah pun ada sign2..and of course wan pun..

after that tok kadi bisik dekat wan, hanya yg lima tu je yg dengar sbb tok kadi btul2 bisik, dia minta wan test baca lafaz kabul tu..wan pun sebut (berbisik jugak) "aku terima nikahnya mazuin bt hashim dengan mas kahwinnya 80ringgit tunai." then tok kadi tu beritau yg lafaz utk kl lain..hilangkan both "nya" tu.. then wan angguk faham, tapi tak test lagi pun.. masa tu terfikir jugak, wan btulke faham? tak perlu ke test dulu lg skali?

and then tok kadi hulur tangan..masa tu..peluh sejuk semua dah makin sejuk dan terus membeku..seram.ahahaha..then terus tok kadi sebut ijabnya..then dia goyang tangan sikit dan wan terus sebut kabulnya..then tok kadi tanya saksi, both kata sah..

ya allah..i'm married..one word "indahnya" pernikahan tersebut.

then ada lafaz ta'liq by wan, then doa + tok kadi inform sikit tentang apa nk buat dengan sijil nikah tu nnti..then abiss..

so, nikah = CHECKED!

alhamdulillah..

selesai..selamat sudah kami..saya skrg memiliki sijil nikah sementara. Kesayanganku, Wan, who was my classmate, turn to best friend then boyfriend, is no longer a fiance of mine, he is now my husband. i'm blessed and proud to introduce, Wan, my husband..
(my husband..husband?..yess..husband..& this gelaran needs getting used to..)

masa gamba ni di-snap, wan belum cium dahi win lagi..
(cium dahi is my favourite part of nikah day, after a perfect one-time kabul yg dilafazkan dengan lancar oleh suami saya)


hah..favourite part..
gambar-gambar ni dipinjam daripada zaima (pinjam ye zaima)
sbb of course album kahwin belum siap and byk gamba belum smpat nak upload lagi..


seronoknya..lega sangat..persiapan yang panjang, sibuk, menyeksakan telah tamat..dan sekarang saya boleh peluk husband saya kuat-kuat dengan halal..hehe.

Saturday, March 26, 2011

it's 26 March 2011


i am going to be married today..! keluarga wan dah sampai..WAN DAH SAMPAI..mak dah suro turun..kaki ni apsal terketar-ketar..*control, jgn smpai jatuh tangga!* oke, i'm going down the stairs now, within half an hour, i'll be WAN'S WIFE..like, for real..

Friday, March 25, 2011

hiccup - inai

inai bunga2.

plan asal tak mahu inai lukis bunga2 atas tgn tu, tp later i changed my mind for 1 reason, nak tutup parut melecur yg kena masa dinner date dgn wan dkt johnny's..parut hodoh itu perlu di-cover.

since saya tak book mana2 org pelukis inai, sedangkan dah hari khamis (2days before nikah day), we went to jln masjid india, kl..cool gile mereka lukis, cantik, secantik lukisan inai org2 pelukis inai "professional" yg mana mereka menjalankan business through blogs and facebook tu..alaaa yg caj mahal tu.. and guess what, lukis inai dkt jln masjid india ni teramat murah berbanding pelukis inai pro punye caj..95% cheaper than those "professional", trust me!

tp jgn sebut nak kawen tau..sebut nk saje2 je pakai inai tu..sbb kalau sbut nk kawen, caj dia melonjak naik 2-3 kali ganda, for the same service..gile cekik! walaupun maseh lg murah dpd those "pro" people..tp..hmm fikir la sendiri kan.

di jln masjid india punye inai tu dia guna chemical jugak..jadi lebih baik test dulu. takot allergic. bley thn 5 hari katanya..tp hari ni dah hari 6, my inai still ada..:) lepas dia lukis, lepak la situ dlm 20 minit..then dah kering, trus bley tanggal n chow..sekejap je..nama pun chemical..kalau inai daun tu kena kot semalaman..dats y "pro" dtg rumah utk lukiskan, kalau tak cne kau nk balik?

ke ats kulit saya inai tu tak tinggal apa2 side effect..gatal pun tidak, mybe kulit kering sikit je..

inai cap kt hujung jari.

hari khamis, malam jumaat, adalah hari saya nk pakai inai kt jari..inai yg letak kt ruas jari tu..then mak pun bersusah payah petik daun inai kt belakang rumah, dicampurnya gambir..n voila! siap..so lepas abes semua kerja hari khamis, dah siap2 nk tido, mak pun pakaikan inai..mmg sengaja nk pakai khamis, so, kalau tak pekat, esok bley pakai lagi,.

bila dah pakai, rupanya inai tu terlebih berair, jadi dia tak mau lekat kat jari..tp warna dia cantik,.,.jari2 mak yg memakaikan tu dah merah dah..tp tak mau lekat..jadi mak kata, takpelah, esok je la pakai..so mlm tu tido je la..

esoknya dah hari jumaat lah kan, jumaat malam sbtu tu, lepas dah ready semua, maka kami pun attempt lagi sekali..kali ni dia lekat di jari..tp lepas 15minit pakai, dia mengering dan terjatuh..bila jatuh, tgk kuku/kulit jari tu tak merah pun.oren pun samar2 je..n guess what..it was already 1 o'clock in the morning..kami attempt lagi..then akhirnya pukul 2.30 pagi, inai tu oren sikit je mcm kaler kunyit kalau kita main kunyit nk goreng2 ayam/ikan tu je..

*CUAK* dah nak nangis dah..(mungkin dah nangis) tp tahan je, kol 2 ptg nnti nk nikah dah..kalau nangis skrg, mata bengkak karang lagi teruk.

last2 cari balik inai tiub.. ada! n before that ira pakai dlm masa sejam kuku dia dah merah/oren cantik..tp slalu pakai kt kuku je, inai tiub tak pnah pkai kt kulit pulak, so takot tak lekat kaler dia..

tp apa nk buat kan? tinggal 12jam sebelum nikah, and inai pun belum pakai.! so test je la..ira dengan selamba dia pakaikan.kaki dan tangan..belum abis dia pakaikan, lebih kurang kol 3.30 pagi tu, i fell asleep..kesian dia..tinggal sorg2..pakaikan smpai siap..taktau pukul berapa la siapnya tu..

n of course, it turned out WELL.. i would give ira a big hug and kiss, but saya malu..hehehe thank u little sis..i owe u one..BIG time!

lesson of the day, walaupun inai tak bley prepare awl2, tp sebulan sebelum wedding, try-try la survey inai ye..kalau oke, stick to that one..kalau tak oke, tgk2 inai lain jadikan back up, inai tiub yg bli kt mydin tu sgt membantu..try la awl2..nnti sehari seblum kawen terus pakai je confirm oke..jgn tunggu las minit baru nak cuba n cari back up,,nnti nanges.! haha

rama-rama

dalam perut saya ada rama-rama besar (there is a big butterfly in my stomach).. terasa makin rancak rama-rama tu berjoget bila tgk ticker di atas menunjukkan tinggal 1 hari shj lagi..(cuba tgk tgn pengantin kt ticker di atas,, dah pgg dah..hehe.esok bley pgg tgn wan, tuhan izinkan dah..*senyum*)

mmg mcm ni ke semua bride-to-be akan rasa? haritu masa nk bertunang pun kecut perut..inikan pulak nak nikah.

harini bolehla ckp ayat ni, "esok, saya akan dinikahkan dgn tunang saya" :)

anyway, smlm tok kadi dah kol utk reconfirm time and place of nikah..mak oi garangnya suara tok kadi..gasaklah wan nnti.hehehe, nasib baik org laki yg kene sebut kabul tu nnti..nasib baik org perempuan tak payah ckp apape selain "setuju!"..always remember awin, sebut "setuju" nanti sopan2, oke?

inai 1st round dah pakai..pelamin dah pasang..i'm telling myself, "this is really happening", tapi kenapalah sampai harini still rasa mcm mimpi??

semalam dan hari ni berderet pulak org ckp tak bley dtg to my wedding..nak tahu apa perasaan saya? sedih sgt2. like seriously. i know that they have reasons..tp still..kwn2 saya tak mau dtg wedding saya! :(
from now on, if i can't attend someone's wedding, i should not tell her a day or two days before her wedding..because i don't want them to be devastated, like me. :(((((..skrg saya terus takot mau baca sms dr kwn2, msg kt inbox facebook and especially wall kt event facebook.sbb saya takot terbaca msg "mazuin, sory..." :(( dah la tak usah fikir. mari kita fikir tentang keseronokan esok :)..

so, what's happening today? wedding cake sampai..bunga sampai, bley buat hntaran, n hias bilik pengantin..oh yess.."isi" utk doorgift juga smpai hari ni..at least one of them..:) lg satu esok br smpai..
kwn2 yg nk tolong2, mlm ni tak pyh dtg pun takpe, esok lepas nikah stay smpai mlm laaa..sbb esok lah byk benda nk buat :)

i love u perempuan2 ku, ur here when i need u the most,, i'll balas budi kamuorg bila "hari" kamuorg masing2 smpai nnti ye?

Thursday, March 24, 2011

2 more days to go

sejak cuti haritu, masa dah terasa makin suntuk, dats why tiada entry baru..:(,. byk benda dah jadi dlm 2-3 hari ni.

1st, my good friends from mrsm mersing dah buat satu bachelorette dinner for me. it was a blast. best sgt bila ada org ingat kite..:)))))))) *naksenyumbykbykkali*.. mybe later in december, i'll throw them a bachelorette slumber party pulak. harap2 sempat. :) i'll try my best. girks,,i know u r reading this..zillion thanks to u girls, i will not forget that night., forever. n the gift..stiap kali kite pakai msti teringat awk2 semua..oppps, hahaha, anyway bila ada msa nnti, kite upload gmba ye, tak smpat.! sori!!

2nd, ada satu insiden baju nikah yg menyayat hati. i thank allah soooo very much for listening to my prayer and mengizinkan perkara tersebut diselesaikan dgn cpt.alhamdulillah..yang ini i can't share with u people. maaf ye, cuma, jgn lupa smbahyang..insyaallah dia akan tolong.

3rdly, kejadian bunga telur. my mum tgh pegi beli telur, i was at home dia call suro check if telur gred b muat letak dlm kain net bunga telur tu. so i did. terkejut monyet i bile mendapati bhw net bunga telur yg bli kt nilai 3 tu nak balut jari pun tak muat..haha naseb hari tu baru selasa. sempat nk repair. sejumlah kecil je mcm tu..bukan semua..n mlm smlm, mak dan ira tolong, semua da selesai. alhamdulillah.
kwn2, duduk bersilalah anda di kedai utk kira bunga telur yg anda bli tu satu per satu. if dlm satu kotak ada 50 pttnya, pastikan..n check net nya!

4th, smlm kami cari paper bag. dulu semua paper bag kt nilai harga rm2.80 per paket (isinya 10)..sekarang semua rm3.30.. wlaupun beza cuma rm0.50, cuba bygkan kalau anda bli 1000 keping..jadi, pegi kedai hujung2 yg lgsung takde org, usha..kot-kot ada yg rm2.50 ke? trust me, ada!.. tp bear in mind, harga ni 2011 punya hrga. kalau kau nk kawen 3thn lg, of course tk dpt dah hrga mcm tu. :)

5th, baju dan aksesori utk snding kt rumah wan dah amek smlm..lega! hari ni,khamis,, diorg nk dtg pasang pelamin dah. i guess this is really happening!

6th, i love my bakal suami more and more everyday..:) i'm happy!..

Thursday, March 17, 2011

invitation card~

99.99% kad jemputan sudah keluar...ramai jugak yang di-tag di facebook..masih sempat kalau mereka nak kad skrg..mintak ye..please ;)

so,
jemputan = CHECKED!

tak jadi blacklist

semalam kami pergi fitting keseluruhan baju2 yang nak dipakai pada 26/27 Mac dan 2 April. Alhamdulillah semua oke. though ada jugak yang kena alter sikit lagi..tapi everything's fine..

butik pengantin di bangi itu tak jadi utk di blacklist.. one-time mistake is forgiveable. they did oke yesterday. i'm happy :))))

pick up baju 23 Mac 2011..iaitu 4 hari sebelum majlis..

(iaitu 5 hari dari sekarang sbb tinggal 9 hari sahaja lagi..arhhhggggghh!!)

semua baju bersanding/persalinan/gown = CHECKED!
pelamin both sides = CHECKED!

Wednesday, March 16, 2011

BLACKlist

selain kedai kad kahwin yang durjana itu, ada satu lagi yang bakal di-blacklist kan soon. sebuah butik pengantin yang tak berapa pandai buat kerja. Sepatutnya semalam ada date dengan mereka ni utk fitting. Nasib baik sebelum drive ke bangi yang tak berapa nak dekat tu kami telefon dulu..Rupa-rupanya mereka belum ready lagi.

Alasan demi alasan dihadapkan kepada kami. Alasan yang menipu pun ada. Bila win called, dia ckp "kakak sakit pinggang, baru lepas x-ray, tak ley bangun ni".. within 10 minutes, wan called, same person jawab "kakak hari ni uruskan majlis tunang.."..

terkejut bila dengar wan cerita ni. so i asked "wan, betul ke wan dengar dia ckp 'tunang' ke wan salah dengar 'tulang'?? sbb dia ckp dkt win dia sakit 'tulang'!"..
wan jawab "iya, dia memang ckp 'majlis tunang'".

ya Allah,, orang jenis apa yang aku tgh deal with ni? kalau tak ready, ckp je la tak ready, kalau ada emergency, ckp je emergency, WE WILL UNDERSTAND. skrg mereka dengan bodohnya menipu.

tak apa lah. petang kita jumpa ye, kalau kau spoil, aku chow.!

(masalahnya sempat lagi ke nak chow..??? Allahuakbar. i am freaking out)

Monday, March 14, 2011

wishlist

People, apa yg plg bermakna adalah kehadiran para jemputan..:) seriously. Tapi i created a wishlist anyway. Tujuannya utk kasi idea kpd u guys nak beli apa for us (win&wan) for our wedding, IF u guys plan to buy us present la..


apa yg saya sgt mahu adalah:

Barang-barang rumah, utk dapur, ruang tamu, bilik tidur..dsbnya..memandangkan kami akan terus move into a house after wedding nnti sehelai sepinggang shj.:) Contoh2nya adalah seperti berikut:

*washing machine*
*refrigerator*
*microwave oven*
*normal oven*
*vacuum cleaner*

*bedsheet*
*LCD TV*
*blender*
*rice cooker*
*deep fryer*
*dinner set*
*cutlery besi*
*set pisau*
*tea set*
*frying pan yg tak melekat*
*corningware utk hidang lauk*
*periuk kaca*
*cake mixer*

*dvd player*
*lampu yang cantik*
*barang hiasan*
*lingerie*

*lain-lain suka hati kamuorang, i don't mind :)*

U know i love pink rite? I would love them more if they are pink or white..but any other colour pun oke je..:) love ya! :)))

p/s if awak nak reserve any barang di atas sbb awak mmg nak kasi saya barang itu, awak kasi tau saya, saya padam supaya org laen boleh beli barang lain pula..:)

tengok tu, dah dekat!

sikit lagi bride nak sampai ke groom..
kesian groom tggu lama..dah lama dah tgn dia hulur cmtu..:)
Perasaan sebenar? Gelisah. Especially about the preparation of the wedding..

Friday, March 11, 2011

abg sham the D.J.

i told u how i came to find abg hisham DJ ni kan?..anyway, semalam, kami ada date dgn dia dekat mcD jalan pahang..tujuannya utk bayar deposit servis dia nnti...
.
RM450 shj fee dia..kat kl ni dlm byk2 DJ, RM450 tu yg paling murah sekali..yg termahal yg pernah dijumpai is RM900..itupun sebab termasuk kompang, karaoke, DJ, pengacara majlis and penari kanak2 bagai..tak perlu kan? nottt! sbb kemuncak majlis is all about bride and groom..kalau ada budak2 menari, nnti dia amek spot lite tu pulak..hahahaha..! by the way, ini harga DJ majlis kahwin yg biasa2 ye..jgn expect yg grand..sebab i tak kahwin grand oke? :)
.
by the way, he's nice and humble je..mmg pandai bercakap..mulut dia bercerita tak berenti-berenti. i hired him simply because dlm byk2 DJ yg pernah disaksikan secara live, dia yg plg bersahaja,.siap berjalan bwk mic ke arah pengantin yg tgh berarak utk memberi komen..padahal DJ lain berat b*nt*t nak bergerak ke sana ke mari, semua duduk je..so, he's different..i like that.
.
have i checked DJ yet? if i haven't
DJ and PA system = CHECKED!