Wednesday, April 13, 2011

Majlis Bersanding - Part 2

Sambungan daripada entry yang lepas.. Lepas berarak (diiring dengan lagu kompang,) kami pun bersanding atas pelamin..everything when soooo smoothly, no one fell, or tersalah langkah..hehehe *suke*

Bila dah duduk elok2 atas pelamin, DJ pun panggil orang bacakan doa..di sini anda semua kena tahu satu perkara, pilih pembaca doa anda betul-betul. Doa perlu dibaca dengan terang dan lancar, kalau semua orang dengar lagi bagus..supaya semua orang pun boleh aminkan, barulah berkat. Jadi, sila JANGAN pilih pembaca doa yang bila disuakan microphone pun tak kedengaran suaranya. di sini saya rasa annoyed sedikit. ternampak kelibat ayah yang juga annoyed sbb bacaan doa langsung tak kedengaran. lepas microphone dirapatkan lagi ke mulut pembaca doa, masih tak kedengaran apa yang disebutnya,.(makin slow pulak).. tapi later on, saya tersenyum sendiri.. now we know, not everybody can recite prayer in front of public. it's oke,, we didn't know that u have darah gemuruh. :)

next? yes, renjis-merenjis, tepung tawar,. mungkin orang skrg rasa benda ni terpesong. but for me and my family, benda ni adalah suatu perkara simbolik yang hanya menunjukkan bahawa ahli keluarga (yang menepung-tawar) merestui perkahwinan kami.. nothing more., seriously, tak ada jampi serapah, memuja2 dan sebagainya. SIMBOLIK oke? faham?..bermula dengan abah dan mak wan,,







then my parents,..






then wan's brothers,.and extended family wan,






followed by my sisters and my extended family..meriah, sgt,,. masa merenjis ni ada jugak yang tidak puas hati,, dia ingatkan dia tak ada turn,, padahal kalau dia sabar sedikit je, nama dia dah kena panggil dah pun!! malu la sikit!..kita hidup dalam masyarakat yang aman dan harmoni, janganlah ada yang suka buat scene tak tentu fasal. karang malu sendiri..:) masa merenjis ni juga kompang pun tak berenti berlagu2..kompang saya best, dibawa khas oleh wan dari sg.merab, kajang..


lepas bersanding dan merenjis, kami makan beradab.. lauk sedap sangat,, tapi mcm biasa pengantin memang tak makan banyak pun kan? bukan sebab malu2 or cover cun ke apa..tapi sebab fikirkan tetamu ramai, lebih baik kami pergi salam2 tetamu yang dtg tu, maka, makan pun express..tapi sempatlah kenyang jugak. hiasan meja pengantin semua katerer yang provide, tapi ada empat bunga meja yang kecil dan comel dan gorgeous yang saya sediakan menggunakan fresh flowers..:) thanks to azira, all centrepieces adalah idea majlis pertunangan dia sebenarnya..


Next, baju tema my family! beberapa bulan sebelum wedding, masa tahun 2010 lagi, ada seorang colleague yang nak pergi ke jakarta..so, since kami tak kesampaian nak pergi sana sendiri, maka saya pesan kepadanya untuk belikan kain lace untuk mak dan sisters dan pengapit saya.. kain satinnya ialah putih krim.. bila dah jadi baju, cantik sangat..rugi si pengantin ni tak beli satu utk dirinya sendiri *sigh*..:) tema family memang sengaja lari daripada warna pengantin.. sebab, kalau pengantin pakai lace, mereka pun lace, warna sama, nanti orang tak cam pula siapa yang pengantin..kan? kalau bukan material sama mcm pengantin, pasti mereka juga dibenarkan pakai merah..cuma ada juga yang mengamuk bila pakai baju kaler terang2, muka nampak hitam je. dah la kami kulit tak berapa nak cerah. tapi itu sekadar komplen tak berasas, sbb semua tak nampak hitam pun oke sisters (and mak) ??? haha



btw, yang lelaki pakai kain satin yang cerah jugak, putih krim2 sikit..termasuklah baju pengapit lelaki pun kain yang sama + tempahan ditanggung oleh pengantin lelaki. di sini, reminder kepada bride-to-be out there ialah, kalau beli kain lace untuk adik-beradik, or bridesmaid, ke apa ke, ingat2 lah sikit bahawa nak tempah kain lace ni mahal sikit dpd kain biasa, takot nanti mereka merungut sebab kena keluar duit lebih..solutions? kalau ada budget lebih, cover la sikit duit tempah.. kalau tak, jangan guna lace atau apa2 kain yg ada lining (utk elak kos tempah naik 2x ganda) beli kain biasa yang comel shj.

family wan semua pakai warna merah.. adik beradik lelaki dia pakai baju sama..semangat juga..I LIKE!


Next, tetamu yang dtg majoritinya ialah kawan2 saya. yang ni pun I LIKE juga!!! well, saudara-mara kami tidak berapa ramai, mak pula tidak kerja, ayah pula sudah pencen, jadi kawan2 mak dan ayah tidak seramai mana..luckily, i went to 5 different schools + uitm + office mindef..setiap sekolah/tempat ada circle of friends yang lain..so, mereka semua dijemput..n tak sangka, ramai sangat yang dtg..n tak sangka kwn sekolah rendah pun dtg juga..! yang ini DOUBLE I LIKE!!





hahah..plus, kawan uitm win & wan share, jadi mereka ramai yang dtg side perempuan..



petang tu bila ramai orang dah beransur balik, n ada few yang baru sampai and dijamu kat dalam rumah, sbb katerer dah mula berkemas..masa tu, pengantin pun pergi karaoke satu lagu..mcm gila pula nyanyi ni..ahaha..kesian wan, terpaksa ikutkan saja..


then petang, potong kek kahwin yang super gorgeous and sedap tu, then kami keluar pergi outdoor photoshoot dengan abg din photographer.. pergi outdoor sama all sisters + my brother in law + rayyan zikry...ke tasik di kepong..tapi hari panas sangat, tak ada byk gambar tasik pun, yang banyak gambar hijau je..cantik juga..








balik daripada tu, kami bergambar dengan my extended family members pulak..mereka happy je petang tu,.in fact mereka happy sepanjang hari..i love them so much,,n i really want to thank them for being there for me..then mereka beransur pulang,

maka selesailah majlis bersanding 27 Mac 2011 dengan jayanya.. alhamdulillah.. p/s terima kasih mak, ayah, lin, abg zam, ira, yaya, cah..thanks very much! I LOVE ALL OF YOU SO MUCH! thanks azira jadi pengapit, thanks kawan2 yang hadir..thank u.:)

No comments:

Post a Comment