Friday, April 29, 2011

Majlis Menyambut Menantu

Sorry dah lama tak update blog!



Oke,,Majlis Menyambut Menantu diadakan pada 2 April 2011 bertempat di rumah wan iaitu di sg merab, kajang..on the way tu, sempat kami men-snap gambar penunjuk arah kami
n sempat juga gambar di bawah di-snap..




(and yes,, pengantin drive sendiri..bukan apa takot terlambat atau apa2 yg tidak diingini terjadi..kalau apa2 jadi kami berdua mesti kena smpai on time..heee)




ada banyak sangat hiccup pada hari tersebut..some of them, i don't even want to state it here..yg dah sudah tu sudah la kan? oke..hiccup pertama ialah pengapit lelaki, adik wan, dia ada pertandingan debat pagi tu..sempat dia pegi berdebat dulu..then almost terlewat sampai ke rumah pengantin oke?? dalam hati tuhan sahaja tau how panic i was back then, tapi tak berani tunjuk sebab wan lagi super duper panic, and i did not want to add more burden to him kan? fhm kan?





anyway, pengapit-pengapit adalah terdiri daripada adik-adik pengantin yang tercinta, adik wan dan adik win..si ira..family win yang dtg pun ramai..dah lupa rombongan berapa kereta. tp hampir semua yang expected utk dtg, datang. alhamdulillah.








Sedihnya bila fikirkan lepas ni dah tak akan jadi pengantin dah.. tapi gembira bila fikir dah tak payah berpenat/berstress/bersusah payah nak prepare wedding lagi...like,, EVER! alhamdulillah




EVERYTHING WENT PERFECTLY AS PLANNED.. *suke*

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Bersanding - Part 2

Sambungan daripada entry yang lepas.. Lepas berarak (diiring dengan lagu kompang,) kami pun bersanding atas pelamin..everything when soooo smoothly, no one fell, or tersalah langkah..hehehe *suke*

Bila dah duduk elok2 atas pelamin, DJ pun panggil orang bacakan doa..di sini anda semua kena tahu satu perkara, pilih pembaca doa anda betul-betul. Doa perlu dibaca dengan terang dan lancar, kalau semua orang dengar lagi bagus..supaya semua orang pun boleh aminkan, barulah berkat. Jadi, sila JANGAN pilih pembaca doa yang bila disuakan microphone pun tak kedengaran suaranya. di sini saya rasa annoyed sedikit. ternampak kelibat ayah yang juga annoyed sbb bacaan doa langsung tak kedengaran. lepas microphone dirapatkan lagi ke mulut pembaca doa, masih tak kedengaran apa yang disebutnya,.(makin slow pulak).. tapi later on, saya tersenyum sendiri.. now we know, not everybody can recite prayer in front of public. it's oke,, we didn't know that u have darah gemuruh. :)

next? yes, renjis-merenjis, tepung tawar,. mungkin orang skrg rasa benda ni terpesong. but for me and my family, benda ni adalah suatu perkara simbolik yang hanya menunjukkan bahawa ahli keluarga (yang menepung-tawar) merestui perkahwinan kami.. nothing more., seriously, tak ada jampi serapah, memuja2 dan sebagainya. SIMBOLIK oke? faham?..bermula dengan abah dan mak wan,,







then my parents,..






then wan's brothers,.and extended family wan,






followed by my sisters and my extended family..meriah, sgt,,. masa merenjis ni ada jugak yang tidak puas hati,, dia ingatkan dia tak ada turn,, padahal kalau dia sabar sedikit je, nama dia dah kena panggil dah pun!! malu la sikit!..kita hidup dalam masyarakat yang aman dan harmoni, janganlah ada yang suka buat scene tak tentu fasal. karang malu sendiri..:) masa merenjis ni juga kompang pun tak berenti berlagu2..kompang saya best, dibawa khas oleh wan dari sg.merab, kajang..


lepas bersanding dan merenjis, kami makan beradab.. lauk sedap sangat,, tapi mcm biasa pengantin memang tak makan banyak pun kan? bukan sebab malu2 or cover cun ke apa..tapi sebab fikirkan tetamu ramai, lebih baik kami pergi salam2 tetamu yang dtg tu, maka, makan pun express..tapi sempatlah kenyang jugak. hiasan meja pengantin semua katerer yang provide, tapi ada empat bunga meja yang kecil dan comel dan gorgeous yang saya sediakan menggunakan fresh flowers..:) thanks to azira, all centrepieces adalah idea majlis pertunangan dia sebenarnya..


Next, baju tema my family! beberapa bulan sebelum wedding, masa tahun 2010 lagi, ada seorang colleague yang nak pergi ke jakarta..so, since kami tak kesampaian nak pergi sana sendiri, maka saya pesan kepadanya untuk belikan kain lace untuk mak dan sisters dan pengapit saya.. kain satinnya ialah putih krim.. bila dah jadi baju, cantik sangat..rugi si pengantin ni tak beli satu utk dirinya sendiri *sigh*..:) tema family memang sengaja lari daripada warna pengantin.. sebab, kalau pengantin pakai lace, mereka pun lace, warna sama, nanti orang tak cam pula siapa yang pengantin..kan? kalau bukan material sama mcm pengantin, pasti mereka juga dibenarkan pakai merah..cuma ada juga yang mengamuk bila pakai baju kaler terang2, muka nampak hitam je. dah la kami kulit tak berapa nak cerah. tapi itu sekadar komplen tak berasas, sbb semua tak nampak hitam pun oke sisters (and mak) ??? haha



btw, yang lelaki pakai kain satin yang cerah jugak, putih krim2 sikit..termasuklah baju pengapit lelaki pun kain yang sama + tempahan ditanggung oleh pengantin lelaki. di sini, reminder kepada bride-to-be out there ialah, kalau beli kain lace untuk adik-beradik, or bridesmaid, ke apa ke, ingat2 lah sikit bahawa nak tempah kain lace ni mahal sikit dpd kain biasa, takot nanti mereka merungut sebab kena keluar duit lebih..solutions? kalau ada budget lebih, cover la sikit duit tempah.. kalau tak, jangan guna lace atau apa2 kain yg ada lining (utk elak kos tempah naik 2x ganda) beli kain biasa yang comel shj.

family wan semua pakai warna merah.. adik beradik lelaki dia pakai baju sama..semangat juga..I LIKE!


Next, tetamu yang dtg majoritinya ialah kawan2 saya. yang ni pun I LIKE juga!!! well, saudara-mara kami tidak berapa ramai, mak pula tidak kerja, ayah pula sudah pencen, jadi kawan2 mak dan ayah tidak seramai mana..luckily, i went to 5 different schools + uitm + office mindef..setiap sekolah/tempat ada circle of friends yang lain..so, mereka semua dijemput..n tak sangka, ramai sangat yang dtg..n tak sangka kwn sekolah rendah pun dtg juga..! yang ini DOUBLE I LIKE!!





hahah..plus, kawan uitm win & wan share, jadi mereka ramai yang dtg side perempuan..



petang tu bila ramai orang dah beransur balik, n ada few yang baru sampai and dijamu kat dalam rumah, sbb katerer dah mula berkemas..masa tu, pengantin pun pergi karaoke satu lagu..mcm gila pula nyanyi ni..ahaha..kesian wan, terpaksa ikutkan saja..


then petang, potong kek kahwin yang super gorgeous and sedap tu, then kami keluar pergi outdoor photoshoot dengan abg din photographer.. pergi outdoor sama all sisters + my brother in law + rayyan zikry...ke tasik di kepong..tapi hari panas sangat, tak ada byk gambar tasik pun, yang banyak gambar hijau je..cantik juga..








balik daripada tu, kami bergambar dengan my extended family members pulak..mereka happy je petang tu,.in fact mereka happy sepanjang hari..i love them so much,,n i really want to thank them for being there for me..then mereka beransur pulang,

maka selesailah majlis bersanding 27 Mac 2011 dengan jayanya.. alhamdulillah.. p/s terima kasih mak, ayah, lin, abg zam, ira, yaya, cah..thanks very much! I LOVE ALL OF YOU SO MUCH! thanks azira jadi pengapit, thanks kawan2 yang hadir..thank u.:)

Tuesday, April 5, 2011

Majlis Bersanding - Part 1


oke, sudah cukup cerita fasal majlis nikah. skrg semua org cuba fokus dgn majlis bersanding pula oke? majlis bersanding di rumah win pada 27 mac 2011 : one word "SMOOTH" alhamdulillah, kan?


kami telah memilih baju bersanding warna merah pekat. some say merah hati, some say maroon. baju tu direka khas berdasarkan my own kehendak oleh butik faszcreative, sungai buloh. selain baju bersanding, kami memang ambil butik tu utk pasangkan pelamin dan segala kelengkapan pelamin dan aksesori baju pengantin. pelamin dah dipasang pada hari khamis lepas, malam dlm pukul 11 mcm tu baru mereka selesai pasang. since kami tempatkan pelamin di porch, leceh pasang pelamin awal2 sebab nak kena jaga pelamin sampai dua mlm (khamis mlm dan jumaat mlm..dan sabtu mlm jugak so 3 mlm lah). tapi mereka tak free utk pasang jumaat. sabtu dah tak boleh sebab sabtu majlis nikah, nak guna pelamin tu utk ambil gambar.



orang katering dah sampai pukul 9.30 pagi, terus set up table and get ready. mereka sungguh mesra dan cekap,,.heheh,,cool,, i would recommend them..bukan sahaja murah, sedap, cekap lagi..i like!;.. meja pengantin kat bawah tu pun mereka sediakan tapi kek tak termasuk, itu beli dari orang lain.


http://restucateringcanopysdnbhd.blogspot.com/



ahad pagi, ada kumpulan marhaban seri delima tu dtg ramai2 bermarhaban di rumah. terus rasa meriah aje bila org bising2 kat bawah. kakak make up sampai dlm pukul 10 pagi mcm tu. jadi masa org bermarhaban, kita sebok bermekap dekat atas. abg dj pun dah sampai pukul 10.45pagi mcm tu..lewat sikit la sebab dia janji pukul 9.30pagi..tapi tak apa :)


hari ahad tak nervous mcm hari sabtu. seriously, tak nervous langsung. sebab? semua perkara dah let go utk diuruskan oleh family members, semua duit dah kasi dekat mak utk final payment diuruskan, family wan dah standby dekat surau berhampiran dari pukul 12 tengah hari. mereka on time (awal sebenarnya) sebab bersanding pukul 1 pm.


sambil di make up kan, pengapit kesayangan dan inangnya pun dah sampai. mereka terus buatkan handbouquet utk pengantin..boleh tak belum buat lagi masa tu..tapi bunga dah ada lah. remind me utk tulis entry fasal bunga ye, ada byk benda nak share fasal kembangnya bunga. bila dah sudah make-up, duduk kat katil, bergambar dengan si pengapit dan inangnya sambil abg din photographer pun melakukan tugasnya. then wan tanya, boleh ke awalkan berarak dan bersanding kita sebab family wan dah terlebih ready.. it was only 12.30pm..for me, i think lebih baik tunggu lagi sikit sebab dalam kad tulis bersanding pukul 1. tapi ayah said oke. jadi pukul 12.45pm kami pun berarak.

being centre of attention was A PIECE OF HEAVEN, tapi kalau terlalu berhati2 awkward jadinya. alhamdulillah, tiada siapa yg tersadung or what not on that day. tapi frust jugak sebab perarakan pengantin tu pendek sangat..berarak melepasi satu rumah aje. tapi tak apalah.. ada satu lagi silap yg tak cantik iaitu, the bride (i'm talking about me) was holding her handbouquet terlampau ke atas, depan dada dia..that was a mistake..nasib baik tak nmpak sgt silap tu..hehe..people, pegang plan nak pegang handbouquet kat paras mana ye! oh ye..pengapit saya sgt comel..i like..cume kesian tangan dia penat ;P

pemegang bunga manggar pun ada isu sedikit. niat di hati nak pinjam dua org anak sepupu utk pegang bunga manggar, but for some reasons yang tidak dpt dielakkan, mereka sampai lewat sikit. maka, saya tiada pemegang bunga manggar.. adalah dua tiga org budak berlari riang kat dlm rumah, tapi they are too young,,nnti dia bawa lari pulak bunga manggar tu..tak fasal2 je.. jadi i asked for my two adik cantik utk pegang bunga manggar.. dua anak dara pegang bunga manggar, oke jugak kan? siap pakai baju cantik lagi..lagi lah bagus..saya sayang pemegang-pemegang bunga manggar saya. they were awesome.! it wasn't even a hiccup. alhamdulillah.

~end of Part 1~

Friday, April 1, 2011

blog updates

dear reader,

this entry is just for u (yes, u!) sorry to inform u that i can't update this blog for the time being because as all of u know, this week is my wedding week. there are a lot of things i wanna share with u, a lot of photos too..but i can't find the time..

tomorrow will be my wedding at wan's side..the final wedding..so today and a few days after tomorrow, i will not be available to provide u with updates..soooo sorryy! but after everythings go calm again, i'll write u lot of entries oke? and photos too, i won't forget..

btw, u are aware that this is a wedding blog right? thus, there will be an ending soon to this blog..*sadness*.. but until then, i hope u'll look forward of reading all about the wedding!

love, hugs and kisses from me,
mazuin.